Monday, March 23, 2020

TINGKATAN 1 - BAB 1.1: PENGERTIAN SEJARAH


BAB 1: MENGENALI SEJARAH

1.1: Pengertian Sejarah
l  Apakah yang dimaksudkan dengan sejarah? Bagaimanakah kita mengukur masa silam dalam sejarah? Bagaimanakah pula kita dapat mengetahui sejarah lampau sesebuah masyarakat dan negara? Apabila mengetahui sesuatu peristiwa masa lampau, mengapakah masih wujud pelbagai tafsiran mengenainya?
l  Secara umumnya, sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa lalu.
l  Peristiwa masa lalu yang berlaku dalam kehidupan sesebuah masyarakat atau negara akan dikaji oleh sejarawan.
l  Sejarawan merupakan ahli sejarah yang menyelidiki rekod-rekod lalu dan memuatkan dapatan kajian mereka seperti dalam bentuk buku, monograf atau makalah.
l  Apakah Sejarah?
l  Dalam bahasa Melayu: istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab, “syajaratun” yang bererti pokok. Sejarah juga dikaitkan dengan salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul.
l  Kamus Dewan mendefinisikan sejarah sebagai:
l  asal usul (keturunan), salasilah.
l  peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tambo.
l  kajian atau pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang telah lalu.
l Dalam bahasa Inggeris, sejarah ialah history:
l  history bererti cerita tentang seseorang. Perkataan ini 
     berasal daripada bahasa Yunani, historia yang 
     bererti penyelidikan.

No comments:

Post a Comment