BAB 1: MENGENALI SEJARAH
1.2: Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan
(A) Herodotus
“Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta
sebab berlakunya sesuatu peristiwa”.
l Sejarawan yang mula
menggunakan perkataan sejarah atau historia yang bermaksud “penyelidikan atau
penyiasatan terhadap peristiwa silam mahupun sezaman”.
l Karyanya yang terkenal
ialah Histories atau Sejarah Perang Parsi (The Persian War).
l Karyanya ini ditulis
berdasarkan kajiannya terhadap peristiwa yang benar berlaku.
(B) E.H. Carr
“Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan
fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan
masa lampau”.
l Sejarah merupakan
tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah, iaitu fakta-fakta yang ditulis
oleh sejarawan. Karyanya yang terkenal ialah What is History?
(C) Ibn Khaldun
“Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban
dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu”.
l Karyanya yang terkenal
ialah Muqaddimah yang mengandungi enam bab.
l Menceritakan dan
mengupas perihal kehidupan manusia bermula zaman primitif hingga kehidupan di
bandar.
(D) Khoo Kay Kim
“Sejarah merujuk kepada
apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahami
apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama
tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua bidang”.
l Antara sejarawan
tempatan tersohor yang mengkaji sejarah Malaysia.
(E) Muhd Yusof Ibrahim
“Sejarah ialah masa
lalu itu sendiri. Sejarah juga merupakan catatan ataupun rekod tentang sesuatu
peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu”.
l Sejarawan tempatan yang
mengkaji tentang ilmu dan disiplin sejarah.
l Antara karya beliau
yang terkenal termasuklah Sejarawan dan Persejarahan Melayu: Tradisi dan
Transformasi.
No comments:
Post a Comment